Bapa hempuk kepala anak 5 kali dengan tong gas hingga maut

Iklan
Seorang bapa tergamak membunuh anaknya dengan tong gas ketika mangsa sedang tidur- Foto Agensi

LAMONGAN - Seorang bapa tergamak membunuh anaknya ketika mangsa sedang lena dibuai mimpi.

Kejadian itu berlaku di di Desa Sidogembol, Kecamatan Sukodadi, Kabupaten Lamongan, Jawa Timur di Indonesia pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pelaku, SM, 76, menggunakan tong gas LPG untuk memukul kepala S, 56, sebanyak lima kali.

Kapolsek Sukodadi, Iptu Moch Sokep berkata, pembunuhan itu berlaku ketika isteri mangsa, YY keluar membeli barang di pasar.

Iklan

"Isteri S kemudiannya melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa. Mangsa yang ditemui berlumuran darah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," ujarnya.

Menurutnya lagi, SM sempat melarikan diri, namun berjaya diberkas tidak lama kemudian di hadapan pejabat Kecamatan Sukodadi.

Iklan

"Kami juga telah merampas sebuah tong gas LPG seberat tiga kilogram, telefon bimbit dan cebisan kulit mangsa sebagai barang bukti," jelasnya. - Agensi