Bekas PM Korea Selatan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah

Iklan
Lee Hae-chan. Foto Agensi

SEOUL - Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Hae-chan, yang sedang melawat Vietnam, dikejarkan ke hospital tempatan pada Jumaat akibat serangan jantung dan kini berada dalam keadaan kritikal, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lee, yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi Kanan Majlis Penasihat Penyatuan Keamanan (PUAC), rebah kira-kira1 tengah hari (waktu tempatan) selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandar Raya Ho Chi Minh ketika mahu pulang ke Korea Selatan, menurut pegawai PUAC.

Iklan
Iklan

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Vietnam pada Khamis bagi menghadiri mesyuarat cawangan PUAC Vietnam.

Menurut pegawai, Lee mengadu mengalami simptom seperti selesema sebelum berlepas ke Vietnam sehari sebelumnya dan sedang bersiap untuk pulang ke tanah air selepas keadaannya bertambah teruk.

Iklan

Beliau mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke hospital tempatan dengan ambulans sambil menerima resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Lee menjalani prosedur pemasangan stent dan kini bernafas dengan bantuan alat pernafasan mekanikal. Beliau dijangka kekal dirawat di hospital sehingga keadaannya stabil.

Iklan

Pegawai berkata, Lee mengalami henti jantung sebanyak dua kali semasa proses pemindahan dan rawatan.

Cheong Wa Dae (Pejabat Presiden Korea Selatan) dilaporkan merancang untuk menghantar seorang setiausaha kanan ke Vietnam awal Sabtu bagi membantu urusan Lee sepanjang tempoh beliau dimasukkan ke hospital. - Bernama-Yonhap