Operator menara kren maut ketika bertugas setinggi 45 meter

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi menurunkan seorang operator menara kren yang tidak sedarkan diri pada ketinggian 45 meter di Residensi Puncak Austin, Johor Bahru. - Foto JBPM Johor

JOHOR BAHRU – Seorang operator menara kren dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di dalam kren di Residensi Puncak Austin, Jalan Seri Austin 4 di sini pada pagi Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Aliff Ishak, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri di atas menara kren yang berada pada ketinggian kira-kira 45 meter.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad berkata, seramai 13 anggota dengan dua jentera FRT bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.51 pagi.

"PKO kemudian bertindak menjalankan operasi menurunkan mangsa dengan menggunakan satu 'bucket stretcher' dan set tali selain bantuan peralatan lain untuk membentuk sistem bagi membawa turun mangsa.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.