Seorang maut, empat keracunan selepas makan cendawan liar

Iklan
Seorang lelaki meninggal gara-gara makan cendawan liar. Gambar hiasan

CIANJUR – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami keracunan selepas dipercayai memakan cendawan liar.

Mangsa yang meninggal disahkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Daerah Sayang, Cianjur.

Iklan
Iklan

Menurut Pegawai Perhubungan Awam hospital berkenaan, Raya Sandi, mangsa mengalami kemerosotan keadaan kesihatan walaupun telah diberikan rawatan intensif oleh pasukan perubatan.

Dua lagi mangsa masih menerima rawatan rapi di hospital, manakala seorang pesakit telah dibenarkan pulang selepas keadaannya stabil.

Iklan

Pihak hospital menerima empat pesakit dengan gejala keracunan seperti lemah badan, loya dan muntah.

Kesemua pesakit telah diberikan rawatan dan pemantauan rapi sebaik tiba di hospital.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cikalongkulon, AKP Arip Titim berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pengambilan cendawan liar yang dibawa pulang dari kebun oleh anak salah seorang mangsa.

“Cendawan tersebut dimasak dan dimakan bersama oleh kesemua mangsa. Kira-kira setengah jam kemudian, mereka mula menunjukkan gejala keracunan,” katanya.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak mengutip atau memakan cendawan liar yang tidak dapat dikenal pasti tahap keselamatannya bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.