Empat inisiatif dipersetujui tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta

Iklan
Amir Hamzah (tengah) bersama Dr Dzulkefly (kanan) dan Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour ketika sidang media JBMKKS pada Khamis

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelan kesihatan mampu milik antara empat inisiatif yang akan dilaksanakan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JBPM) bagi menangani kos penjagaan kesihatan swasta yang semakin meningkat. 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, inisatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi RESET iaitu usaha kolaboratif antara Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia (BNM), ahli akademik dan pihak berkepentingan utama daripada sektor swasta untuk menangani inflasi tuntutan perubatan.

Iklan
Iklan

Selain itu menurutnya, ia memperkukuh sistem penjagaan kesihatan Malaysia supaya dapat diakses dengan lebih mudah, lebih banyak pilihan serta lebih mampan.

"Empat inisiatif tersebut adalah penerbitan kertas putih mengenai Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) asas iaitu pelan insurans yang standard dan mampu milik bertujuan memberi liputan wajar kepada individu yang mahukan perlindungan penjagaan kesihatan swasta serta individu yang mencari pilihan tambahan berikutan pelarasan semula premium atau perubahan pelan sedia ada. 

Iklan

"Inisiatif ini dijangka mendorong penambahbaikan ke arah penawaran MHIT yang lebih mampan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful dengan menyediakan garis asas yang lazim serta boleh diakses bagi perlindungan dan penetapan premium serta amalan tuntutan," katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mesyuarat JBMKKS yang turut dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Iklan

Dalam pada itu Amir Hamzah memaklumkan, inisiatif seterusnya adalah pelancaran bantuan untuk pengguna membuat keputusan yang membantu individu merancang kewangan penjagaan kesihatan.

Ia meliputi pengenalan alat baharu iaitu Panduan Mudah MHIT dan Kalkulator Persediaan Insurans/Takaful bagi kemasukan ke hospital dan pembedahan (HSIT) untuk menilai keperluan insurans, membuat tuntutan dan merancang belanjawan peribadi.

"Bagi meningkatkan ketelusan pasaran, julat kos penanda aras bagi prosedur perubatan lazim di hospital swasta juga telah diterbitkan untuk memberi rujukan jelas bagi perbelanjaan rawatan.

"Terakhir adalah insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta yang melayakkan hospital swasta memohon insentif cukai bagi menubuhkan Dana Kebajikan. 

"Inisiatif ini untuk menggalakkan dan membiayai perkhidmatan penjagaan kesihatan amal kepada pesakit yang kurang bernasib baik," jelasnya.