Malaysia perlu fokus industri masa depan

Iklan
Naguib

SHAH ALAM - Hampir 50 peratus industri pembuatan di Malaysia dilihat berisiko menutup operasi dalam tempoh lima hingga enam tahun kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Naguib Mohd Nor berkata, bagaimanapun kesedaran itu masih rendah kerana beranggapan Malaysia akan terus berada dalam keadaan yang stabil seperti dahulu.

Iklan
Iklan

"Pertama adakah kita sedar krisis itu di pintu. Saya rasa tidak sebab kita anggap yang Malaysia akan berterusan seperti dulu.

"Jadi untuk perubahan 2026, saya fikir perkara yang paling penting adalah kena fokus industri dan pemain yang boleh bawa kita pada tahun-tahun ke hadapan," katanya ketika menjadi panel Program Meja Bulat: Malaysia 2025 Dan Wajah 2026 Yang Kita Impikan anjuran Sinar Harian pada Khamis. 

Iklan

Beliau turut berpendapat, perkara tersebut mungkin memerlukan keputusan sukar termasuk melupuskan industri yang tidak lagi mampu bersaing secara global.

Jelasnya, jika tiada sebarang tindakan, negara mungkin akan terus berhadapan dengan masalah sama.

Iklan

"Perubahan akan berlaku bila ada tekanan. Tengok Singapura, negara yang melabur dalam keupayaan intelek dan modal insan (invest brain power) dan sekarang mereka teknologi power house, Malaysia buat apa?

"Sedangkan pendidikan di Malaysia terbesar di rantau Asia Tenggara. Industri terbesar tapi ironinya outcome tidak sampai untuk keperluan kita sendiri.

"Ini realiti yang ada. Pada 2026 ini kalau ada kesedaran menyeluruh barulah kita boleh mula buat ketetapan isu sebenarnya," ulasnya.