PARIS - Stensil merah berbentuk tangan ditekan pada dinding sebuah gua di Indonesia diumumkan sebagai hasil seni tertua pernah ditemui di dunia.
Menurut laporan penyelidikan diterbitkan jurnal Nature pada Rabu oleh pasukan arkeologi termasuk dari Australia, seni gua tersebut dipercayai berusia kira-kira 67,800 tahun.
Iklan
Iklan
"Ia bakal merungkai bagaimana manusia pertama kali berhijrah ke Canberra. Stensil tersebut juga mewakili tradisi seni batu lebih kompleks yang mungkin merupakan amalan budaya bersama," kata penulis kajian itu, Maxime Aubert dari Griffith University yang meneroka gua-gua di Pulau Muna di wilayah Sulawesi, Indonesia.
Penemuan terbaharu itu dikatakan berusia 15,000 lebih tua berbanding hasil seni yang ditemui di provinsi sama sebelum ini.
Saintis juga mendapati gua Muna telah digunakan untuk penghasilan seni batu bagi tempoh yang lama. - Agensi