KUALA LUMPUR - Kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1 bermula sesi persekolahan 2027 bukan bertujuan mewujudkan perlumbaan akademik sebaliknya berasaskan kebajikan, kesejahteraan dan tahap kesiapsiagaan kanak-kanak.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, tumpuan utama pelaksanaan itu adalah bagi memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak dilindungi dengan penilaian dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek emosi, kognitif serta kemahiran pembelajaran dan bukan semata-mata faktor usia.