Polis kenal pasti dua indvidu terlibat kes pemalsuan dokumen pemain warisan

Iklan
Rusdi

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semasa pendaftaran tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti sebenar dan mengesan kedua-dua individu yang terlibat untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 45 laporan polis berkaitan isu ini termasuk satu laporan polis oleh FAM.

"Kita telah merakam percakapan seramai 43 individu melibatkan FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan saksi awam bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rusdi berkata, siasatan awal polis mendapati taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian kepada tujuh orang pemain warisan Harimau Malaya tersebut dibuat melalui proses yang teratur dan mengikut semua prosedur ditetapkan oleh undang-undang sedia ada.

"Siasatan seterusnya menjurus kepada elemen penipuan dan pemalsuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan semasa proses pendaftaran serta mengemukakan dokumen pemain-pemain yang terlibat kepada FIFA.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi di samping memberi jaminan untuk komited dalam memastikan ketelusan serta integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan tanpa melindungi mana-mana pihak," ujarnya.