‘Puting beliung’ dalam ATM tidak gambarkan keseluruhan pasukan - PM
Iklan
Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC pada Rabu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 'puting beliung' yang melanda Angkatan Pertahanan Malaysia (ATM) berkait dakwaan salah laku dan rasuah tidak menggambarkan keseluruhan imej pasukan pertahanan negara itu.
Beliau berkata, di sebalik kemelut tersebut masih ramai yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti tinggi.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua pihak yang berkhidmat dengan baik dan cemerlang, sambil menyatakan harapan agar episod gelap dan muram yang diibaratkan sebagai ‘puting beliung’ itu dapat berlalu.
"Jarang berlaku puting beliung di Malaysia ini, tetapi dua tiga tahun sekali dia mari melanggar. Saya tidak mahu segelintir isu yang menyelubungi segelintir orang itu, walaupun masih dalam siasatan dan keputusan mahkamah nanti, tetapi tidak harus menyebabkan tercoreng muka dan gambaran serta status bagi pegawai tentera di semua peringkat yang berkhidmat dengan baik.
Iklan
"Saya mengharapkan mereka tetap dengan pendirian mereka, tegas berkhidmat, kerana negara ini mencapai prestasi yang baik dalam bidang ekonomi lantaran keamanan yang kita nikmati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) di sini pada Rabu.
Iklan
Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, peluncuran DIPN yang lama tertangguh itu juga dilihat tepat pada masanya untuk merungkai segera kemelut yang membadai ATM.
Beliau dalam masa sama mengakui kontroversi yang berlaku itu bukan sahaja perkembangan mengejut negara tetapi juga dunia.
"Mudah-mudahan ia tidak memberikan gambaran yang negatif.  Dengan dasar ini dan berakhirnya pembekuan untuk dibawa melalui jentera dan konsep dasar baharu ini, kita berikan satu harapan baharu bagi Malaysia," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>