MRO MINDEF mesti dikendali syarikat tempatan, tiada lagi libat OEM - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled berucap ketika menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC, pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada lagi penglibatan syarikat pengeluar peralatan (OEM) dalam aktiviti pembaikan dan baik pulih (MRO) bahkan mesti dijayakan oleh syarikat tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melainkan aktiviti MRO dalam tempoh waranti (warranty period) yang boleh dikendalikan oleh OEM sahaja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam masa sama setiap syarikat tempatan yang terlibat hendaklah menunjukkan inovasi dan penambahbaikan.

"Ia termasuk yang dapat meningkatkan peratusan 'local content' serta mengurangkan kos.

Iklan

"Jika gagal, kita akan menghentikan kontrak MRO walaupun mereka syarikat tempatan. Ini kerana matlamat kita adalah untuk mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), di sini pada Rabu.

Iklan

Selain itu beliau menjelaskan, terdapat syarat khas yang ditetapkan iaitu setiap perolehan Kementerian Pertahanan (MINDEF) wajib mengandungi kandungan tempatan ditetapkan pada peringkat awal sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.

Katanya, ia bagi memastikan pemindahan pengetahuan dan teknologi berlaku bagi memastikan industri pertahanan tempatan mampu berdaya saing dengan jenama antarabangsa.

"Kita bukan berhasrat untuk mengeluarkan senjata atau alat pertahanan, seperti kapal terbang sendiri dalam sekelip mata.

"Namun kita ingin bermula dengan membangunkan komponen dan perkhidmatan sendiri supaya syarikat tempatan mampu menyertai rantaian bekalan sektor pertahanan secara signifikan," katanya.