Polis buru dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata

Iklan
Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Seremban pada Selasa.

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai di sini pada Selasa. 

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat awal, kedua-duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru. Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

"Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa. 

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama 

 

Iklan