PRK Kinabatangan, Lamag: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Iklan
Anggota PDRM menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, pada Selasa. Foto Bernama
KINABATANGAN - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag tamat selepas pusat pengundian awal ditutup pada jam 5 petang ini.
Proses pengundian yang bermula pada jam 8 pagi itu berlangsung di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan di sini, membabitkan seramai 189 anggota polis.
Iklan
Iklan
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 89.42 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan 89.89 peratus bagi PRK DUN Lamag setakat 3 petang ini.
Proses pengundian berlangsung dalam keadaan cuaca baik.
Iklan
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlah Harun berkata, dua calon bagi PRK DUN Lamag masing-masing dari Barisan Nasional (BN) Mohd Ismail Ayob serta Warisan Mazliwati Abdul Malek hadir bagi meninjau perjalanan proses pengundian di pusat berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Ravi Duraisamy, proses pengundian awal itu berjalan lancar.
Iklan
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.
Parlimen Kinabatangan mempunyai sebanyak 48,722 pengundi berdaftar manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.
Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran akan digunakan pada hari pengundian, Sabtu ini.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bagi notis PRK itu kesemua pusat mengundi akan dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali 25 pusat mengundi di tiga DUN iaitu Lamag, Kuamut dan Sukau, ditutup seawal jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
Pusat Penjumlahan Rasmi Undi yang digunakan bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag ialah Dewan Sri Lamag manakala SPR menjangkakan keputusan rasmi kedua-dua PRK berkenaan pada 10 malam Sabtu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>