PRK Kinabatangan, Lamaq: Persiapan undi awal berjalan lancar

Iklan
Proses pengundian awal akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang membabitkan satu saluran.

KINABATANGAN - Persiapan bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag esok, yang membabitkan 196 anggota polis serta pasangan, berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata persiapan yang mula dilaksanakan pada 8 pagi tadi di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, yang menjadi satu-satunya pusat pengundian awal, membabitkan 14 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan
Iklan

"Persiapan untuk undi awal esok yang melibatkan 196 anggota polis serta pasangan setakat ini berjalan lancar, dan kita sasarkan 100 peratus jumlah itu akan keluar mengundi," katanya kepada Bernama hari ini.

Proses pengundian awal akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang membabitkan satu saluran.

Iklan

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.

Iklan

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian. - Bernama