Pesawat ATR 42-500 terhempas: Bangkai pesawat, satu mayat penumpang ditemui

Iklan
Bangkai pesawat itu ditemui berselerakan di puncak Gunung Bulusaraung. - Foto Agensi

MAKASSAR - Pasukan penyelamat pada Ahad berjaya menemui bangkai pesawat ringan yang dilaporkan hilang di timur Indonesia.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilancarkan setelah pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang membawa 10 penumpang terputus hubungan ketika menuju ke bandar Makassar di Pulau Sulawesi dari Yogyakarta pada tengah hari Sabtu.

Iklan
Iklan

"Antara serpihan yang ditemui ialah badan pesawat, bahagian ekor dan tingkap selepas ia terhempas di Gunung Bulusaraung di Taman Negara Bantimurung-Bulusaraung bersempadan bandar Makassar, Sulawesi Selatan. Satu mayat mangsa penumpang lelaki turut dijumpai dan dihantar ke hospital untuk proses kenal pasti identiti.

"Keberadaan sembilan mangsa penumpang lain masih tidak diketahui. Operasi SAR diteruskan untuk menjejaki mereka termasuk disertai bantuan dari unit udara.

Iklan

"Kami berharap masih ada mangsa yang boleh dipindahkan dalam keadaan selamat," kata Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Muhammad Arif Anwar.

Difahamkan, operasi itu yang berdepan cabaran bentuk muka bumi dan cuaca buruk disertai lebih 1,000 anggota termasuk sukarelawan. - Agensi

Iklan