WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa meminta sumbangan sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.06 bilion) dari negara yang mahukan posisi tetap di bawah Lembaga Keamanan Gaza.
Trump kini giat menghantar jemputan kepada beberapa negara termasuk Argentina, Kanada, Turkiye dan Mesir untuk menyertai lembaga tersebut yang turut dipengerusikan beliau.