Ramai tokoh dijangka kembali melalui penubuhan Rumah Bangsa
Iklan
Dari kiri: Roslan, Wankasukma, Zubaidah
KUALA LUMPUR — Penubuhan Rumah Bangsa dijangka mampu menarik semula tokoh-tokoh berpengaruh untuk kembali bersama UMNO.
Perwakilan UMNO Kerian, Roslan Aminuddin berkata, langkah itu dilihat sebagai ruang pemulihan politik bagi tokoh lama yang pernah meninggalkan parti.
Iklan
Iklan
"Yang diucapkan (Presiden UMNO), kita terima dan sambut baik khususnya berkaitan penubuhan sebuah jawatankuasa tersebut.
"Yang lama-lama, yang keluar sekejap. Insya-ALLAH, kita terima (semula mereka)," katanya.
Iklan
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas intipati ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa dirujuk Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.
Iklan
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc.
Seorang perwakilan UMNO Tambun, Wankasukma Abdul Aziz turut bersetuju terhadap cadangan tersebut sambil menegaskan kepentingan mengumpulkan semula tokoh-tokoh berpengaruh.
Beliau turut menyifatkan cadangan itu sebagai langkah tepat demi masa depan dan kelangsungan parti.
Perwakilan lain, Zubaidah Ariffin berkata, ruang untuk tokoh lama kembali sebagai sesuatu yang telah lama ditunggu oleh ahli akar umbi.
"Penyertaan semula tokoh-tokoh berpengaruh melalui platform tersebut mampu mengukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," ujarnya lagi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menolak tafsiran cadangan Penyatuan Rumah Bangsa sebagai amaran kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Sebaliknya Menteri Besar Pahang itu menegaskan, cadangan tersebut sebagai pendekatan terbaik untuk penyatuan bangsa dan Melayu khususnya.
"Saya tidak dengar pun Presiden kata amaran. Presiden cuma kata seelok-eloknya, cara yang terbaik ,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.
Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, usaha menarik semula penyertaan mereka yang pernah meninggalkan parti atau tidak lagi menyokong UMNO merupakan antara agenda besar yang sedang diberi perhatian kepimpinan. Menurutnya UMNO bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada individu, termasuk tokoh-tokoh besar parti yang pernah dikenakan tindakan disiplin atau kini berada dalam parti lain untuk kembali bersama demi penyatuan orang Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764309/berita/politik/penyatuan-rumah-bangsa-bukan-amaran-buat-komponen-kerajaan-perpaduan---wan-rosdy