Sejauh mana Akmal Saleh ingin lawan, DAP berkorban untuk UMNO - Shakir Ameer

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Dr Muhamad Akmal menyelar DAP yang didakwa tidak pernah membela UMNO sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Gambar kecil: Muhammad Shakir Ameer

SHAH ALAM - DAP Cawangan Shah Alam mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang sering dilihat melawan DAP ketika ini.

Pengerusinya, Muhammad Shakir Ameer Mohideen berkata, DAP telah buat sebaik mungkin untuk memastikan kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang juga merangkumi UMNO.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada Pilihanraya Negeri Selangor 2023, DAP telah 'mengorbankan' kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang dimenangi DAP dengan majoriti lebih daripada 10,000 pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 untuk UMNO.

"Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) yang dimenangi dengan majoriti tipis 3,000 lebih saja. 'Pengorbanan' ini adalah untuk memastikan kelangsungan Kerajaan Perpaduan pada peringkat negeri dan Persekutuan.

Iklan

"Kemudian, pada Oktober 2023 DAP berkempen untuk UMNO, BN di DUN Pelangai (Pahang) dan UMNO menang.

"Begitu juga pada Ogos 2024, jentera Kerajaan Madani (yang juga merangkumi DAP Kelantan) berkempen untuk UMNO, BN di DUN Nenggiri (Kelantan)," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, Dr Muhamad Akmal menyelar DAP yang didakwa tidak pernah membela UMNO sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya bertindak mengutuk dan mencaci pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Muhammad Shakir Ameer, ketika itu UMNO menang sesebuah kerusi yang disandang oleh Perikatan Nasional (PN) untuk kali pertama sejak PRN 2023.

Jelasnya, BN turut menang DUN Mahkota (Johor) dan DAP sama-sama turut berkempen untuk UMNO.

"Semasa kita berkempen kita akan merayu kepada pengundi untuk mengundi UMNO.

"Skeptikal macam mana pun pemindahan undi atau 'voter transferabality' daripada PH adalah dalam anggaran 80 peratus lebih," jelasnya.

Beliau juga mahu lihat sejauh mana Muhamad Akmal mahu terus menentang DAP.

"Saya anggap si Akmal akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin nanti. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam perundingan bersama Pas nanti.

"Mungkin si Akmal boleh gunakan hujah perpaduan ummah atau martabat orang Melayu Islam semasa berunding," jelasnya.