'Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa' - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi mendapatkan penjelasan berhubung maksud kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO itu susulan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri ingin mengetahui sasaran sebenar yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, selain menegaskan bahawa tindakan melepaskan jawatan adalah keputusan peribadi.
Iklan
Iklan
“Saya ingin tahu, saya akan jumpa beliau, beliau nak serang siapa dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan logo baharu Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Muhamad Akmal ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Iklan
Menurut beliau, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.
Sementara itu, mengulas mengenai pandangan serta cadangan yang dikemukakan berkaitan hala tuju kerjasama politik, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara tersebut wajar dibincangkan melalui saluran rasmi parti.
Iklan
“Itu cadangan dan saranan, tetapi keputusan muktamad datang daripada kepimpinan atasan UMNO, khususnya Majlis Tertinggi.
“Boleh kemukakan pandangan dalam Majlis Tertinggi apabila kita adakan mesyuarat kelak,” ujarnya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi mendapatkan penjelasan lanjut, termasuk bertanya pihak mana yang mahu 'diserang'.
"Saya ingin tahu daripada beliau. Nanti saya akan jumpa dengan dia, (tanya) nak serang siapa," katanya,
Beliau dalam pada itu berkata, tindakan Akmal meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka adalah keputusan peribadi dan tidak memberi tekanan kepada parti itu untuk menghentikan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu menegaskan, keputusan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764183/berita/politik/dr-akmal-letak-jawatan-bukan-tekanan-kepada-umno---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.