KB Sentral dibina tahun ini - Exco Kerja Raya
Iklan
Dr Izani (dua, kanan) semasa mengadakan lawatan ke tapak pembinaan KB Sentral, Tunjong, di Kota Bharu pada Khamis.
KOTA BHARU - Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin memaklumkan kerja-kerja pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) akan dilakukan tahun ini.
Beliau berkata, ketika ini kerja-kerja merawat dan penstabilan tanah bernilai RM14 juta sedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Check Construction anak syarikat kepada China Communications Construction Co Ltd (CCCC).
Iklan
Iklan
"Check Construction akan mula kerja-kerja rawat dan penstabilan tanah pada Selasa ini. Ia melibatkan kerja-kerja korek tanah sedalam dua meter dan timbus balik dengan jumlah sama," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak pembinaan KB Sentral, Tunjong, di sini pada Khamis.
Menurut beliau, selepas itu sebanyak dua meter lagi tanah akan ditambak sebagai pemberat sebelum proses pemampatan dijalankan menggunakan teknologi Prefabricated Vertical Drain (PVD) bagi mengatasi masalah tanah lembut dan kandungan air yang tinggi di tapak projek.
Iklan
Katanya, kesemua proses itu dijangka selesai selewat-lewatnya bulan Disember.
Dr Izani memberitahu, bagaimanapun kerja-kerja menambak tanah ini boleh diselesaikan dalam tempoh enam bulan sahaja.
Iklan
Ujarnya, pelantikan kontraktor akan dibuat selawat-lewatnya Mac ini.
"Setakat ini pihaknya sudah menyenarai enam kontraktor untuk menyiapkan projek berkenaan. Daripada jumlah itu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membuat senarai pendek kontraktor sebelum membuat keputusan.
"Bila kita beri projek ini, proses itu akan berjalan serentak dengan kerja-kerja tambun tanah dan tanam cerucuk sudah boleh bermula. Dengan sokongan semua pihak UPEN, JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kewangan negeri projek ini dapat direalisasikan," katanya.
Dr Izani memberitahu, kontraktor yang akan dilantik bukan sahaja kompiten malah perlu mempunyai sumber kewangan kukuh dalam menyiapkan pembinaan KB Sentral.
"Apa boleh saya kata, kita berada dilandas terbaik untuk menyiapkan pembinaan projek ini," katanya.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.