PUTRAJAYA - Aset bernilai RM4.7 juta dirampas termasuk pembekuan akaun syarikat berhubung kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkaitan perolehan pembekalan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, rampasan itu melibatkan sitaan kenderaan, wang tunai, emas serta pembekuan beberapa akaun syarikat dan peribadi bagi membantu siasatan kes tersebut.