Ahmad Zahid alu-alukan ahli Parlimen Bersatu kembali kepada UMNO - Puad

Iklan

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini dari UMNO kembali menyertai parti berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tawaran itu dibuat ketika Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung secara tertutup pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Dalam taklimat Presiden UMNO semalam ada portal keliru dengan apa yang dimaksudkan membuka dan menutup pintu UMNO.

"Pada kefahaman saya sebenarnya ia ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen Bersatu yang berasal dari UMNO tetapi melompat parti.

Iklan

"Mereka ini dialu alukan kembali ke pangkuan UMNO tetapi mestilah ada benda yang mesti dipersetujui bersama (itu maksud pintu tidak dibuka seluas- luasnya atau ditutup serapat rapatnya)," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Jelas Puad, sekiranya hal berkenaan berlaku maka peristiwa parti Semangat 46 berulang lagi dan parti itu dibubarkan.

Iklan

"Tidak mustahil perkara tersebut berlaku kepada Bersatu sebab itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN) lebih awal.

"Itu petanda dia hilang kawalan terhadap Bersatu, (namun) tidak ada kaitan dengan KJ atau Hishamuddin. Mereka tidak lompat parti," katanya.