PAU 2025: 'Kalau Zahid tak izin, saya tak datang' - Khairy

Iklan
Khairy (kanan) hadir ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNBO di WTC pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sebagai satu detik yang sangat emosional selepas tiga tahun dipecat parti.

Menurutnya, kehadiran atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh itu disertai dengan keizinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

"Malam tadi saya berjumpa Datuk Seri Zahid di majlis tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Razak dan saya bertanya secara terus sama ada saya boleh hadir hari ini.

"Saya beritahu, kalau Datuk Seri tidak izinkan, saya tidak akan datang. Alhamdulillah beliau kata sila datang," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Iklan

Bekas Ahli Parlimen Rembau menjelaskan, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah sebagai pemerhati dan memilih pendekatan berperingkat dalam menentukan langkah seterusnya.

"Hari ini saya kembali sebagai pemerhati. Insya-ALLAH selepas ini saya akan buat apa yang perlulah. 'One step at a time',” ujarnya.

Iklan

Sementara itu ditanya mengenai saranan Muhamad Akmal supaya UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkankan, isu berkenaan lebih kompleks dan tidak boleh dilihat secara mudah.

Beliau menjelaskan, Pemuda UMNO masih akur dengan keputusan parti untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya bagi memastikan kestabilan politik negara tidak terjejas.

"Apa yang penting adalah mesej daripada pemuda dan Dr Akmal kata, dia sendiri akan mainkan peranan supaya prinsip serta garis merah UMNO tidak dilanggar oleh mana-mana pihak dalam Kerajaan Pepaduan.

“Dia sendiri menegaskan ini bukan perhimpunan pembencian. Penyatuan Melayu tidak seharusnya membuat kaum lain rasa terancam.

“Saya lihat usaha ini murni dan harap ia dapat menyatukan orang Melayu tanpa menjadi agenda kebencian terhadap mana-mana kaum lain," ujarnya.