'Bekerjasama tidak bermaksud tunduk, UMNO tetap ada garis merah' – Noraini

Iklan
Noraini menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Kerjasama politik yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti menurut.

Sebaliknya, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan, UMNO mengamalkan politik matang, berani berhadapan, menetapkan garis merah serta mempertahankan agama, bangsa dan prinsip Raja Berperlembagaan.

Iklan
Iklan

“Keputusan ini bukan dibuat tergesa-gesa. Setiap risiko ditimbang dan setiap peluang diperhalusi.

“Bekerjasama tidak bermaksud tunduk. Berunding tidak bermaksud menyerah. UMNO tahu garisnya, tahu prinsip dan tahu tanggungjawab.

Iklan

“Jadi, jangan keliru. Kerjasama politik ini bukan bermakna kita lemah. UMNO harus kembali kuat, kekal relevan dan terus memimpin,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut mengingatkan bahawa UMNO perlu kembali menjadi parti teras yang memimpin dan bukan sekadar mengikut.

Iklan

Beliau menegaskan, parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mempunyai sejarah tersendiri, berpengalaman dan memiliki akar umbi yang kuat.

“Kerjasama politik sangat dinamik. Sebab itu kita perlu bijaksana dalam menjalinkan hubungan antara parti.

“Justeru, Wanita UMNO akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden dalam mengemudi kerjasama politik ini,” ujarnya.