Misteri kemunculan lubang gergasi di Aceh Tengah

Iklan
Rakaman daripada dron yang menerima pelbagai reaksi warganet. Foto Agensi

TAKENGON - Kemunculan lubang gergasi menjadi tular di media sosial.

Ia mula diperkatakan banyak pihak selepas rakaman dron memaparkan keadaan misteri tersebut.

Iklan
Iklan

Keadaan pergerakan tanah itu berlaku dari tebing Jalan Buter-Ponok Balik, Kecamatan Ketol, Kabupaten Aceh Tengah di Indonesia.

Menurut Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Aceh Tengah, Andalika, mereka juga tidak mengetahui bila lubang itu terbentuk.

Iklan

"Dinas Energi dan Sumberdaya Mineral Aceh (ESDM) Aceh sudah melakukan pengukuran keadaan tanah," katanya.

Ia menyebut, data ESDM Aceh pada 2025 menunjukkan keluasan pergerakan tanah itu melebihi 27,000 meter dan mendekati Jalan Buter - Ponok Balik.

Iklan

Kajian BPBD Aceh Tengah pada 2022 mendapati pergerakan itu berlaku kerana lapisan tanah yang mempunyai zon tepu cecair dan bahan gunung berapi yang mudah menyerap serta mengalirkan air.

Menurut Andalika, pergerakan tanah di lokasi tersebut sangat aktif dan berterusan.

"Ia bukanlah kejadian mendapan tanah atau tanah jerlus klasik sebaliknya pergerakan secara perlahan atau slow moving land slide," jelasnya lagi. - Agensi