Dua pegawai, lima anggota polis terlibat penyalahgunaan dadah akan digantung kerja

Iklan
Polis meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat. Foto hiasan

KUANTAN - Dua pegawai dan lima anggota polis yang ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab, Temerloh akan dikenakan tindakan gantung kerja sementara menunggu keputusan perundangan terhadap mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah didakwa di mahkamah pada minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Sedang dalam proses dikenakan tindakan gantung kerja sementara kes mahkamah terhadap semua mereka selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan dua polis berpangkat Inspektor dan lima anggota berpangkat Koperal serta Lans Koperal ditahan dalam satu serbuan pada jam 2.15 pagi, 3 Januari lepas.

Hasil saringan awal air kencing turut mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama. - Bernama