Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen

Iklan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15-21 Januari 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak lima sen kepada RM2.84 seliter bagi tempoh sama, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan