Bayi tiga bulan patah paha, polis siasat unsur pengabaian

Iklan
Bayi lelaki berusia tiga bulan patah pada bahagian paha semasa bawah jagaan pengasuh di Taman Koperasi Polis. Gambar kecil: Fadil Marsus.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah pada bahagian paha kiri dipercayai akibat pengabaian ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Taman Koperasi Polis, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2.38 petang, 9 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Bayi itu mengalami bengkak pada bahagian paha kiri selepas mangsa di hantar ke rumah pengasuh

"Mangsa juga tidak berhenti menangis sebelum dibawa ibu bapanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tulang paha kiri mangsa patah sebelum laporan polis dibuat seorang doktor yang merawat bayi berkenaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Iklan

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan dialami mangsa," katanya.