Putin tak tamak kuasa seperti Trump

Iklan
Donald Trump dan rakan sejawatannya di Rusia, Vladimir Putin sering digambarkan sebagai pemimpin autoritarian yang menggugat kestabilan dunia.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatannya di Rusia, Vladimir Putin sering digambarkan sebagai pemimpin autoritarian yang menggugat kestabilan dunia.

Hakikatnya, kedua-dua Presiden ini mempunyai matlamat kuasa yang berbeza baik dari segi cita-cita mahupun ketamakan geopolitik.

Iklan
Iklan

Putin dilabel sebagai ‘Tsar moden’ yang agresif berikutan peperangan bersama Ukraine yang berlarutan selama hampir empat tahun.

Tetapi, beliau sebenarnya mempunyai matlamat jelas yang hanya berkaitan dengan pemulihan kuasa Moscow selepas kejatuhan Kesatuan Soviet lebih tiga dekad lalu demi memastikan kedudukan Rusia terus kukuh dalam sistem antarabangsa.

Iklan

Putin tidak cuba membina empayar global seperti diimpikan ‘maharaja’ Trump kerana strategi beliau lebih bersifat selektif dan defensif semata-mata untuk mengekang pengaruh Barat khususnya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) yang berulang kali menuduh Kremlin cuba mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Pemimpin itu juga tidak terburu-buru untuk menyebarkan ideologi Rusia di negara luar. Oleh sebab itu, fokus dasar luar Kremlin lebih tertumpu kepada kawasan berhampiran seperti Eropah Timur dan Asia Tengah yang dianggap sebagai kepentingan strategik tradisional mereka.

Iklan

Kemaraan Rusia ke wilayah-wilayah Ukraine sering disalah tafsir sebagai cubaan mendominasi pentas global secara mutlak sedangkan ia hanya didorong oleh keperluan mempertahankan zon serantau yang kritikal kepada keselamatan Moscow.

Berbeza dengan Trump, beliau mengamalkan pendekatan hegemoni berteraskan dasar America First atau ‘Ego Amerika’ yang melihat dunia sebagai papan catur geopolitik.

Presiden ke-47 AS itu tidak teragak-agak menggunakan sekatan dan tekanan ekonomi serta ancaman ketenteraan demi mengekalkan dominasi global.

Putin pula lebih berhati-hati dalam merangka strategi untuk mengimbangi kuasa Barat.

Jelas sekali, Trump bergerak di pentas dunia sebagai pemain utama yang menekan setiap bidak mengikut strateginya manakala Putin hanya menangkis langkah pihak lawan dan berjuang untuk kekal bermain di medan percaturan.