Duda sebar gambar lucah bekas isteri di TikTok didenda RM3,000

Iklan
Muhamad Azim (kanan) mengaku bersalah dan dikenakan denda oleh mahkamah. - Foto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

Majistret menegur bahawa perbuatan bercanggah dengan agama dan menasihatinya supaya lebih banyak bersabar hadapi ujian hidup

KOTA BHARU – Tindakan terburu-buru akibat marah membawa padah apabila seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas menyebarkan gambar lucah separuh bogel bekas isterinya di aplikasi TikTok.

Tertuduh, Muhamad Azim Othman, 28, dikenakan hukuman tersebut oleh Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Iklan
Iklan

Dalam penghakimannya, Wan Mohd I’zzat menegaskan perbuatan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Kita orang Islam. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun marah, kita perlu bersabar dan tidak bertindak di luar batas sehingga melakukan jenayah,” katanya.

Iklan

Mengikut pertuduhan, Muhamad Azim didakwa menyebarkan gambar lucah separuh bogel bekas isterinya yang sebaya umur dengannya kepada seorang lelaki berusia 27 tahun melalui akaun TikTok dengan niat untuk mengaibkan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di Pengkalan Chepa pada jam 10.32 malam, 5 Januari lalu.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, tertuduh terlebih dahulu menghantar mesej melalui WhatsApp untuk mendapatkan gambar mangsa sebelum menyebarkan tangkap layar gambar tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Haziqah Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Dalam rayuannya, Tengku Shazuan memohon hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya menyesal atas perbuatan itu.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan ketika tertuduh hilang kawalan emosi akibat terlalu marah. Tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan setahun serta bekerja dalam bidang pemakanan dengan pendapatan sekitar RM1,700 sebulan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda. 

KOTA BHARU – Tindakan terburu-buru akibat marah membawa padah apabila seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas menyebarkan gambar lucah separuh bogel bekas isterinya di aplikasi TikTok.

Tertuduh, Muhamad Azim Othman, 28, dikenakan hukuman tersebut oleh Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Dalam penghakimannya, Wan Mohd I’zzat menegaskan perbuatan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Kita orang Islam. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun marah, kita perlu bersabar dan tidak bertindak di luar batas sehingga melakukan jenayah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Azim didakwa menyebarkan gambar lucah separuh bogel bekas isterinya, yang sebaya umur dengannya, kepada seorang lelaki berusia 27 tahun melalui akaun TikTok dengan niat untuk mengaibkan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di Pengkalan Chepa pada jam 10.32 malam, 5 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh terlebih dahulu menghantar mesej melalui WhatsApp untuk mendapatkan gambar mangsa sebelum menyebarkan tangkap layar gambar tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Haziqah Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Dalam rayuannya, Tengku Shazuan memohon hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya menyesal atas perbuatan itu.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan ketika tertuduh hilang kawalan emosi akibat terlalu marah. Tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan setahun serta bekerja dalam bidang pemakanan dengan pendapatan sekitar RM1,700 sebulan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda dan tertuduh membayar denda tersebut.