Kampung Merapoh cipta sejarah, penerima sulung Anugerah Kampung Tradisi Pahang

Iklan
Wan Rosdy menyampaikan hadiah kemenangan kepada wakil penduduk Kampung Merapoh yang dinobatkan sebagai johan Anugerah Kampung Tradisi Pahang 1st sempena sambutan HPBS Peringkat Negeri Pahang.

KUANTAN - Kampung Merapoh, Lipis dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Kampung Tradisi Pahang 1st sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi mengiktiraf kampung yang berjaya mewujudkan persekitaran kehidupan yang baik untuk penduduknya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran inisiatif itu bertujuan melahirkan masyarakat kampung yang berusaha, progresif dan dinamik memajukan kampung mereka dalam pelbagai bidang.

"Melihat kepada sambutan cukup baik pada penganjuran sulung ini, kerajaan negeri menaikkan peruntukan untuk tahun depan kepada RM300,000," katanya.

Iklan

Wan Rosdy (tengah) menyempurnakan gimik perasmian sambutan HPBS Peringkat Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Pahang di sini pada Khamis.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Saidin Lateh dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, Datuk Nik Noraisu Nik Ibrahim.

Sebanyak 60 daripada 1,933 kampung tradisi di seluruh Pahang telah mengambil bahagian pada Anugerah Kampung Tradisi Pahang 1st.

Kampung Merapoh, Lipis membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama trofi iringan serta sijil manakala Kampung Bolok Hilir, Temerloh di tempat kedua menerima wang tunai RM50,000 bersama trofi iringan dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi Kampung Bukit Kelulut, Temerloh yang memenangi wang tunai RM25,000 bersama trofi iringan dan sijil.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, inisiatif tersebut antara usaha dalam memastikan agenda kesejahteraan meliputi seluruh negeri, termasuk kawasan kampung yang menjadi sebahagian daripada warisan dan identiti masyarakat negeri ini.

"Pahang memberikan pengiktirafan kepada kampung tradisi yang berjaya mewujudkan persekitaran kehidupan yang baik untuk penduduknya.

"Kita juga bercadang memperkenalkan Anugerah Kampung Bahagia sebagai antara kategori pada Anugerah Kampung Tradisi Pahang 1st akan datang," katanya.

Jelas beliau, melalui usaha itu dapat mendorong penduduk kampung untuk bersama-sama menjaga kebersihan, memperindah persekitaran, memperkukuh hubungan kejiranan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata,tema sambutan HSPS tahun ini “Bandar Kita, Masa Depan Kita: Bersama Melakar Malaysia Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera membawa mesej yang cukup jelas dan seiring hasrat kerajaan negeri memastikan pembangunan negeri dilaksana secara teratur.

“Kerajaan negeri bersedia dan merancang untuk perluas rangkaian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) untuk masa hadapan.

"Itu perancangan dan kita telah memohon mengenai perkara ini untuk masa depan. Saya tak mahu berlaku bila diminta baru kita bagi cadangan. Mereka tidak minta lagi, kita sudah bagi cadangan ini," katanya.

Beliau berkata,cadangan itu ke arah mewujudkan pembangunan rangkaian mobiliti penduduk.

"Kita usahalah. Ini menunjukkan bahawa kita ada perancangan sesuai dengan sambutan HPBS kali ini,"ujarnya.