Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR - Pelbagai jenis dadah seberat 1.08 juta kilogram dianggarkan melebihi RM1.10 bilion dirampas membabitkan 18,352 kes di ibu negara pada tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 20,540 suspek disyaki terbabit dalam kes berkenaan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh sama.

Iklan
Iklan

“Berdasarkan statistik pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan 1.08 juta kg dirampas dengan nilai dianggarkan melebihi RM1.10 bilion.

“Tindakan diambil adalah berlandaskan peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Pelucutan Hak 1988,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Iklan

Fadil berkata, tindakan tegas turut dikenakan ke atas 498 tangkapan penagih berulang di bawah Seksyen 39c ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan tidak lebih tiga sebatan.

“Dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah secara total, 77 ahli sindiket diambil tindakan di bawah ADB LLPK 1985.

Iklan

“Tindakan sitaan harta turut dikenakan dengan di bawah ADB Pelucutan Hak 1988 dengan nilai sitaan mencecah RM 14 juta membabitkan tanah, rumah, kenderaan, wang tunai dan barang kemas,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 24,149 barangan dadah seberat 2,185kg turut dilupuskan bernilai RM44 juta kes dari 2009 hingga 2024.

"Kita turut melupuskan 3,527 kertas siasatan membabitkan pelbagai kes narkotik sejak 1993 hingga 2016," katanya.

Menurutnya, JSJN akan terus memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan menerusi hotline JSJN Kuala Lumpur 012 208 7222.