Pasangan kembar seiras menjadi tumpuan apabila kelihatan begitu ceria dan teruja memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di Kluang, pada Isnin.
Pasangan kembar lelaki, Ahmad Akif dan Ahmad Afif hadir ke sekolah ditemani ayah mereka, Mohd Azwan Kasim, 39, dari Kampung Shari, Simpang Renggam.