Kementerian Pendidikan terus memperkukuh usaha menangani isu buli pada tahun ini dengan melaksanakan program yang membabitkan pelbagai agensi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat di sekolah.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Aminuddin Hassim berkata, isu keselamatan dan kesejahteraan murid menjadi keutamaan, dengan konsep ‘kawan jaga kawan’ ditekankan supaya murid saling membantu antara satu sama lain.