Gubal akta, sistem cukai khusus kawal aktiviti ternak babi - DUPP
Iklan
DUPP menegaskan Islam secara jelas melarang umatnya terlibat dalam penternakan, pemilikan dan perdagangan khinzir.
SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menggubal satu akta dan sistem percukaian yang lebih khusus, tersusun serta sistematik bagi mengawal aktiviti penternakan dan penjualan babi di seluruh negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengawalan selari dengan pendekatan pentadbiran Islam yang menekankan keadilan, kebajikan masyarakat serta penghormatan terhadap sensitiviti agama dalam sesebuah negara majmuk.
Iklan
Iklan
Beliau turut menggesa Kerajaan Selangor agar mengambil kira suara dan pandangan penduduk setempat dengan serius kerana keputusan yang dibuat melibatkan kepentingan ramai pihak.
Menurutnya, pungutan suara, rundingan awam serta persetujuan masyarakat setempat wajar diberi keutamaan sebelum sebarang kelulusan diberi kepada pengusaha atau penternak babi.
Iklan
"DUPP menegaskan bahawa Islam secara jelas melarang umatnya terlibat dalam penternakan, pemilikan dan perdagangan khinzir berdasarkan nas sahih antaranya sabda Rasulullah SAW, 'sesungguhnya ALLAH SWT dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir serta berhala', riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Namun demikian, Islam tidak menyekat hak orang bukan Islam untuk memakan babi atau menjalankan aktiviti perniagaan serta penternakan tersebut.
Iklan
"Bagaimanapun, kebebasan ini tidak bersifat mutlak dan mesti dikawal agar tidak dilakukan secara terbuka atau meluas sehingga mengganggu sensitiviti umat Islam serta menimbulkan kegusaran," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar, Hulu Selangor pada 2030.
Baginda bertitah, perancangan tersebut dipandang serius, khususnya apabila terdapat kemungkinan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar di Bukit Tagar.
Susulan itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor dijadual menghadap Sultan Sharafuddin pada Isnin bagi menyembah maklum dan membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung isu penternakan babi di Kuala Langat.
Mengulas lanjut, Mohd Nor berpendapat, kebimbangan utama yang timbul adalah apabila ladang penternakan babi yang dicadangkan berhampiran penempatan penduduk.
Katanya, ini termasuk kawasan yang didiami oleh orang bukan Islam sendiri tanpa mengambil kira kesan sosial, kesihatan awam, alam sekitar serta sensitiviti komuniti sekeliling, khususnya umat Islam.
"DUPP meminta semua pihak menjadikan keharmonian masyarakat, kebijaksanaan tadbir urus dan penghormatan terhadap agama Islam sebagai asas utama dalam menangani isu ini demi kesejahteraan negara serta kestabilan sosial jangka panjang," ujar beliau.
Tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah yang tular baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Muhammad Sanusi berkata, selain Kor Ming, dua lagi individu terbabit ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim dan individu dikenali sebagai Salim Abd Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790763/berita/politik/sanusi-hantar-tiga-lagi-lod-kor-ming-antara-penerima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusihantartigalod #isudakwaanputarbelitfakta