Semburan api muncul selepas banjir surut

Iklan
Menerusi klip yang menjadi tular, api dilihat menyembur dari permukaan lumpur disertai gelembung yang timbul secara berkala. Foto Agensi

NAGAN RAYA - Warga Kecamatan Darul Makmur, Kabupaten Nagan Raya, Aceh di Indonesia gempar dihebohkan dengan munculnya nyalaan api dari sisa lumpur tinggalan banjir yang telah surut di Desa Gunong Cut.

Fenomena tersebut dipercayai berasal dari gas yang keluar dari dalam tanah.

Iklan
Iklan

Menerusi klip yang menjadi tular, api dilihat menyembur dari permukaan lumpur disertai gelembung yang timbul secara berkala.

Sejumlah penduduk kemudiannya cuba memanfaatkan semburan api tersebut malah ada yang membakar kertas dan memasak air.

Iklan

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, petugas dari Polsek Darul Makmur telah dikerahkan ke lokasi berkenaan dan memasang garisan larangan polis.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menunggu pemeriksaan susulan pakar untuk mengesahkan sumber api dan gas tersebut. - Agensi

Iklan