Peserta larian malam diganggu sembilan 'entiti'
Iklan
Kehadiran entiti menyeramkan di program Nightmare Run UiTM Seremban 3 pada malam Jumaat.
SEREMBAN – Bukan sekadar program larian biasa, sebaliknya keberanian peserta 'Nightmare Run' di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, di sini benar-benar diuji apabila mereka terpaksa berdepan ‘gangguan’ sembilan entiti berkostum menyeramkan, pada malam Jumaat.
Program larian yang bermula jam 9 malam itu pada awalnya berlangsung dalam keadaan tenang, namun bertukar menjadi suasana mengujakan apabila kelibat 'hantu' yang diimport dari pelbagai watak filem Hollywood mula kelihatan.
Iklan
Iklan
Antara yang ditampilkan ialah ghostface, grim reaper, scarecrow dan werewolf.
Pengarah Program, Muhammad Najmi Afiq Mohd Suhaimi, 24, berkata, seramai 150 peserta termasuk dari luar kampus yang terlibat dalam program terbabit.
Iklan
"Peserta perlu melalui empat 'checkpoint' yang menempatkan sembilan entiti yang akan muncul secara mengejut.
"Kehadiran entiti inilah yang membuatkan acara larian malam ini jadi lebih menarik dan mengujakan kerana tema begini belum pernah lagi dibuat," katanya ditemui di lokasi program.
Iklan
Peserta program Nightmare Run UiTM Seremban 3 diganggu sembilan entiti.
Menurutnya, program berkenaan dianjurkan oleh penuntut semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar UiTM Seremban 3 dengan kerjasama pengumpul koleksi kostum hantu Hollywood.
Tambahnya, idea penganjurannya juga secara tidak langsung mahu memeriahkan suasana kolej dengan aktiviti sihat.
“Biasanya kawasan kampus agak lengang pada waktu malam, jadi kami mahu membuktikan aktiviti malam juga boleh diisi dengan program sihat dan menyeronokkan.
Sementara itu, penuntut Kolej Mara Seremban, Nurul Adeella Mohamad Asri, 19, berkata, dia tertarik untuk menyertai larian tersebut yang dianggap lain daripada kebiasaan.
"Ia bukan program biasa, tapi penuh suasana mendebarkan kerana tiba-tiba kami dikejutkan dengan entiti yang menyeramkan," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.