PRK Kinabatangan 3 penjuru, Lamag 2 penjuru persaingan sengit calon bertanding

Iklan
Calon bertanding di Parlimen Kinabatangan dari kiri, Mohd Naim Kurniawan-BN, Goldam-Bebas dan Saddi - Warisan.

KINABATANGAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah mengumumkan bahawa kesemua lima kertas pencalonan calon yang bertanding diterima tanpa sebarang penolakan.

Iklan
Iklan

“Bagi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN) ialah Mohd Naim Kurniawan Moktar, Goldam Hamid sebagai calon Bebas dan Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan.

“Bagi DUN Lamag pula, calon BN ialah Miha (Mohd Ismail Ayob) dan Mazliwati Abdul Malek dari Parti Warisan,” katanya di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa proses penamaan calon berlangsung dengan lancar.

“Proses bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 10 pagi. Kita telah menerima tiga pencalonan bagi Parlimen Kinabatangan dan dua bagi DUN Lamag.

Iklan

“Segala proses berjalan lancar, tenang dan teratur. Semua pihak termasuk calon dan penyokong menunjukkan disiplin yang amat baik,” katanya.

Ditanya mengenai jangkaan peratusan keluar mengundi, beliau berkata SPR menjangkakan peratusan yang hampir sama seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Saya menyeru semua pengundi agar turun mengundi seramai mungkin pada hari pengundian yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini,” ujarnya.