PGA gagalkan taktik pindah minyak sawit mentah di R&R

Iklan
Lori dan peralatan yang digunakan bagi tujuan pemindahan minyak sawit mentah turut dirampas bagi membantu siasatan.

SEREMBAN - Cubaan membuat pemindahan minyak sawit mentah secara haram di kawasan parkir hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban arah utara di sini terbongkar selepas sebuah lori tangki dan bonded ditahan pada Khamis.

Serbuan Op Taring Palma dijalankan Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan Batalion 19 PGA Cheras kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Difahamkan minyak yang dirampas daripada lori tangki ialah minyak sawit mentah yang dibawa keluar dari kilang proses kelapa sawit di Johor Bahru dan akan dihantar ke Pulau Pinang.

Dua lelaki tempatan masing-masing iaitu pemandu lori lori tangki syarikat dipercayai mengambil keuntungan RM2 bagi setiap satu liter penyelewengan, manakala seorang lagi pemandu lori disyaki ahli sindiket dengan bayaran bulanan RM3,500.

Iklan

Minyak yang dirampas daripada lori bonded pula dikatakan akan diproses semula oleh sindiket untuk dijadikan minyak masak tiruan.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Amanjit Singh berkata, pemeriksaan polis menemui lima tong IBC yang mana salah satunya berisi cecair dipercayai minyak sawit mentah beranggaran 200 liter.

Iklan

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM622,500.

"Kedua-dua tangkapan berusia 37 dan 68 tahun bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Wilayah Tengah atas kesalahan memindah minyak sawit mentah tanpa lesen.

"Siasatan dijalankan di bawah Akta 582 Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, semakan awal mendapati kedua-dua suspek masing-masing pernah ditahan pihak berkuasa melibatkan kes terbabit.

"PGA menyeru menyeru masyarakat agar berkerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan sebarang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang," ujarnya.