Maritim Malaysia rekod rampasan RM102.9 juta, 1,124 tangkapan

Iklan
Mohd Rosli menyampaikan penghargaan kepada pegawainya selepas Ucapan Amanat Tahun Baharu 2026 Maritim Malaysia di Putrajaya pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan kejayaan rampasan bernilai RM102.9 juta dan 1,124 tangkapan tahun lepas.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, statistik itu hasil 248,058 pemeriksaan bagi pelbagai kesalahan undang-undang maritim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi operasi mencari dan menyelamat, Maritim Malaysia telah mengendalikan 255 kes insiden di laut dengan 1,765 nyawa berjaya diselamatkan, selain nilai harta benda dianggarkan mencecah RM1.8 bilion.

"Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Maritim Malaysia atas pencapaian sepanjang 2025," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Tahun Baharu 2026 Maritim Malaysia di sini pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut hala tuju 2026, Mohd Rosli berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan sasaran hari operasi di laut ditingkatkan kepada 280 hari berbanding 250 hari pada tahun lalu.

Jelasnya, ini selari dengan keperluan memperkukuh kehadiran berterusan agensi ini di perairan negara.

Iklan

Katanya, Maritim Malaysia akan terus mengamalkan Whole-of-Government melalui kerjasama bersepadu bersama agensi di bawah KDN termasuk perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan demi keselamatan perairan, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Semua pegawai dan anggota Maritim Malaysia diingatkan agar menjalankan tugas dengan amanah dan penuh berintegriti.

"Amalkan tatakelola yang ditetapkan agar nama baik agensi ini sentiasa dihormati dan disegani," ujarnya.