PRK Kinabatangan, Lamag: Penyokong parti akan berarak iring calon

Iklan
Penyokong BN dan Warisan mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan SPR bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.

KINABATANGAN – Penyokong calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya dibenarkan berada pada jarak lebih 100 meter dari pekarangan Dewan Sri Lamag.

Tinjauan mendapati penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (Warisan) mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.

Iklan
Iklan

Setakat ini, difahamkan calon serta penyokong BN akan berarak dari Perpustakaan Kinabatangan sebelum memasuki kawasan pusat penamaan calon.

Sementara itu, penyokong Warisan pula dijangka berarak dari Pekan Kinabatangan menuju ke pusat penamaan calon.

Iklan
Iklan

Sehingga jam 8.30 pagi, keadaan di sekitar Dewan Sri Lamag masih terkawal dan belum dibanjiri penyokong mana-mana parti yang bertanding.