JOHOR BAHRU - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini, Disember lepas.
Saniah Osman, 55, yang juga seorang peniaga, kelihatan sugul dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.