Jenazah Mohamad Shahril dituntut keluarga

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Mohamad Shahril ditemukan sekumpulan nelayan di perairan Hutan Melintang, Perak, kira-kira jam 9.30 pagi pada Rabu.

SHAH ALAM - Jenazah pemancing, Allahyarham Mohamad Shahril Abd Rahman, 43, selamat dituntut ahli keluarganya di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) pada Jumaat.

Adik ipar Allahyarham, Shahdan Samsuri berkata, jenazah dituntut kira-kira jam 5.40 petang selepas proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai dilakukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jenazah kemudian dibawa ke pusat pengurusan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Batu Belah, Klang bagi urusan pengurusan seterusnya.

"Alhamdulillah, jenazah telah dituntut pihak keluarga, pengurusan jenazah akan dilaksanakan di tempat pengurusan UKVJ," katanya pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat lelaki ditemui terapung di perairan Hutan Melintang, Perak, pada Rabu merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan One Fathom Bank.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Sharil Abd Rahman, 43, selepas proses pengecaman dilakukan waris.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 8.30 pagi selepas pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima maklumat daripada nelayan mengenai penemuan mayat lelaki terapung di perairan berkenaan.

Terdahulu, bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank pada Ahad dipercayai terbalik selepas dilambung ombak setinggi kira-kira empat meter.

Empat daripada tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang kemudian ditemukan selamat pada Selasa.

Beliau berkata, solat jenazah dijadualkan selepas solat Isyak di Masjid An Naim, Jalan Kebun.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sa'adah, Kampung Johan Setia, Bandar Putera 2, Klang pada malam Jumaat.