Pearly-Thinaah terkandas di pusingan kedua Terbuka Malaysia

Iklan
Pearly-Thinaah gagal mara ke suku akhir Terbuka Malaysia. FOTO: BERNAMA

HARAPAN beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia sekali lagi tidak kesampaian apabila mereka tersingkir tewas kepada pasangan Indonesia, Febriana Kusuma-Meilysa Puspitasari pada pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil, Khamis.

Pasangan ranking kedua dunia itu gagal memanfaatkan kelebihan sebagai pilihan utama apabila tunduk 24-26, 17-21 dalam perlawanan sengit selama 54 minit.

Iklan
Iklan

Kekalahan tersebut menyaksikan pasangan Indonesia berkenaan berjaya membalas dendam ke atas Pearly-Thinaah selepas tewas pada aksi final Sukan SEA Thailand bulan lalu.

Keputusan itu turut memanjangkan kemarau Pearly-Thinaah untuk mara ke peringkat suku akhir kejohanan berprestij di laman sendiri.

Iklan
Iklan

Rekod lampau juga jelas tidak memihak kepada mereka apabila turut tersingkir pada pusingan kedua edisi 2022, manakala kempen 2023, 2024 dan 2025 berakhir lebih awal apabila terkandas seawal pusingan pertama.