Remaja 13 tahun meninggal dunia dalam bilik air

Iklan
Mangsa ditemukan kedua-dua ibu bapanya selepas mereka pulang ke rumah sekitar jam 11.30 pagi. Gambar hiasan

MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan meninggal dunia di bilik air rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam pada Selasa.

Menurut sumber, mangsa ditemukan oleh kedua-dua ibu bapanya selepas mereka pulang ke rumah sekitar jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

“Sebaik tiba di rumah, ibu mangsa ada terdengar bunyi percikan air dari bilik air namun mendapati pintu berkunci dari dalam sambil memanggil anaknya beberapa kali namun mangsa tidak memberi sebarang respons.

“Bapa mangsa kemudian terpaksa memecahkan pintu bilik air dan mendapati remaja itu berada dalam keadaan terlentang,” katanya.

Iklan

Katanya, pihak keluarga kemudian menghubungi talian kecemasan 999 dan dihantar ke Hospital Melaka

Ujarnya, pihak hospital kemudian menjalankan bantuan pernafasan (CPR) selama lebih kurang 30 minit namun mangsa disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Iklan

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan analisis makmal," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.