AMK puji ketegasan Zahid pilih kekal bersama kerajaan Perpaduan

Iklan
Muhammad Kamil (dua dari kiri)

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia memuji sikap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi dan parti dalam memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pendirian tegas Ahmad Zahid untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan wajar dihargai, terutama di sebalik pelbagai desakan dan provokasi agar UMNO menarik diri daripada kerajaan sedia ada.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan tersebut mencerminkan sifat kenegarawanan dan kematangan politik yang diperlukan dalam landskap politik semasa.

"Kita ucap terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau memahami keperluan untuk mengekalkan serta mengukuhkan kestabilan politik negara.

Iklan

"Tidak seperti sebahagian kecil kepimpinan lain yang bercakap berasaskan emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjang, Datuk Seri Zahid meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan, mengatasi kepentingan diri sendiri dan parti," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah Tahun 2026 di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di sebuah pasar raya di Klebang di sini pada Rabu.

Iklan

Semalam media melaporkan Ahmad Zahid menegaskan Barisan Nasional (BN) berpendirian menolak sebarang amalan 'tebuk atap' yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, pendirian tersebut selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.