Najib nak datang Cameron Highlands, ini kata calon PH...

Iklan
Calon PH, Manogaran Marimuthu bercakap pada media di Sidang Media di Kuil Sri Subramaniyar. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - Calon PH, M Manogaran 'mengalu-alukan' kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kempen calon BN, Ramli Mohd Nor.

Menurut beliau, sesiapa saja ada hak untuk turun berkempen bagi mana-mana calon.

Iklan
Iklan

"Saya ada dengar Najib akan datang. Itu hak pihak lawan untuk turun kempen.

"Saya rasa rakyat akan buat penilaian sendiri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perayaan Ponggal di Kuil Sri Subramaniyar, Tanah Rata, di sini, hari ini.

Iklan

Ahad lalu, Najib dalam perjumpaan dengan masyarakat di Bangsar South berkata akan mempertimbangkan permintaan ramai pihak yang mahu beliau membantu kempen BN di PRK Cameron Highlands.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pekan itu akan turun ke Cameron Highlands, Khamis ini.

Iklan

Dalam pada itu, Manogaran berpuas hati dengan sambutan penduduk setelah empat hari berkempen.