'Trump serang Greenland esok'

Iklan
Pakar percaya objektif sebenar adalah untuk merampas kawalan sumber semula jadi. - Foto Agensi

PARIS -"Amerika Syarikat (AS) mungkin akan menyerang Greenland seawal esok."

Amaran itu diberikan Profesor Sains Politik di Sciences Po Bordeaux, Dario Battistella yang percaya ancaman itu kian hampir selepas Washington menceroboh Venezuela.

Iklan
Iklan

"Meskipun Presiden Donald Trump berjanji untuk menamatkan perang Amerika. Tindakannya ke atas Caracas menunjukkan pendirian yang bertentangan.

"No More Forever Wars hanyalah sebagai alat untuk mencapai Amerika First. Ini bermakna Trump akan terus menggunakan kuasa tentera di mana sahaja yang dilihat dapat memberi manfaat kepada kepentingan AS

Iklan

"Menurut tafsiran Presiden itu, Amerika First memerlukan campur tangan ketenteraan seperti berlaku di Caracas hari ini dan esok mungkin berlaku di Nuuk. Trump akan melancarkan perang dan berharap untuk menang dengan segera," jelasnya.

Kebimbangan semakin meningkat selepas Presiden ke-47 AS itu menyatakan Washington memerlukan Greenland untuk keselamatan Washington yang diterapkan sejak awal penggal kedua pentadbirannya.

Iklan

"Ia hanyalah alasan. Objektif sebenar adalah untuk merampas kawalan sumber semula jadi. Trump dijangka memberi tekanan kepada Denmark untuk mematuhi tuntutan ekonominya. Tiada apa yang boleh diketepikan dalam politik termasuk pencerobohan terhadap salah satu negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)," menurutnya lagi.

Battistella menjelaskan Trump mengikut jejak langkah beberapa Presiden AS sebelum ini seperti Bill Clinton di Kosovo dan George W Bush di Iraq yang menceroboh negara luar demi kepentingan negara tersebut.

"Perang global mungkin tidak akan tercetus seperti dikhuatiri banyak pihak kerana tiada negara yang berani untuk berperang dengan AS. Tetapi, ia mungkin menjadi titik tolak China menyerang Taiwan selepas siri provokasi sebelum ini," tambahnya. - Agensi