Pengarah IPT direman disyaki salah guna kuasa bekal kain batik

Iklan
SPRM menyiasat tindakan seorang pengarah di institusi pengajian tinggi melantik syarikat anaknya untuk pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000. Foto hiasan

SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan seorang pengarah di institusi pengajian tinggi (IPT) melantik syarikat anaknya untuk pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000.

Individu yang merupakan pengerusi koperasi itu direman selama lima hari sehingga 10 Januari 2026.

Iklan
Iklan

Perintah reman dibenarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar Ogos 2024 di mana pembekalan kain batik tersebut bertujuan pembuatan baju batik tenaga pengajar dan kakitangan institusi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Iklan

Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.