Kemboja tersalah lancar tembakan di sempadan

Iklan
Rumah penduduk kampung di sempadan yang musnah akibat pertempuran Phnom Penh-Bangkok pada bulan lalu. - Foto: AFP

BANGKOK - Askar Thailand pada Selasa mendakwa pasukan tentera Kemboja melancarkan serangan rentas sempadan, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata yang sudah berkuat kuasa selama 10 hari.

Jurucakapnya mengesahkan seorang anggota mereka turut cedera terkena serpihan peluru selepas bedilah mortar ke wilayah Ubon Ratchathani.

Iklan
Iklan

"Phnom Penh telah menghubungi unit tentera kami untuk memaklumkan insiden itu berlaku disebabkan kesilapan operasi," ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata berkata, dua askar mereka cedera dalam kejadian letupan timbunan sampah.

Iklan

"Insiden itu berlaku ketika pasukan kami sedang menjalankan tugas rondaan di wilayah Preah Vihear yang bersebelahan dengan Ubon Ratchathani," jelasnya yang tidak menyebut tentang serangan didakwa Bangkok, namun pasukan kedua-duanya sudah berunding tentang perkara tersebut.

Kementerian itu memberitahu Phnom Penh mencadangkan mesyuarat dua hala jawatan kuasa sempadan di wilayah Siem Reap pada bulan ini, namun Bangkok menyatakan perbincangan mengenai penetapan sempadan akan dilaksanakan kerajaan baharu berikutan Pilihan Raya Umum dijadualkan pada 8 Februari depan. - AFP

Iklan